Wednesday, 2 September 2015

PENGENALAN STEVIA


Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr. Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ianya merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub - tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb. 

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunnya berbentuk bujur, batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia juga mengeluarkan bunga kecil yang berwarna putih. 


0 comments:

Post a Comment