Kandungan utama yang menyebabkannya rasa manis adalah bahan steviosides yang tidak mengandungi toksik. Steviosides yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.
Ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid (kekurangan gula dalam darah) di dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukosa, bermakna ia baik untuk penghidap diabetes/ kencing manis.
Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta.
Ada juga kajian lain yang menyatakan bahawa stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung. Ekstrak stevia rebaudiana yang bebas kalori atau sifar kalori sesuai digunakan bahan ganti gula biasa bagi golongan yang mengalami masalah obesiti yang ketagihan gula.
Dua kajian dilakukan oleh Purdue University's Dental Science Research Group mendapati steviosides menghalang pembentukan plak (karat) gigi dan membantu menghalang gigi berlubang (cavities).













0 comments:
Post a Comment