Kegunaan stevia sebagai PEMANIS mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke -16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji dari Brazil mendengar cerita bahawa sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulis antara artikel - artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke -19.
Ciri yang paling unik mengenai stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap stevia. Kajian terhadapnya mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid yang tidak bertoksik.













0 comments:
Post a Comment