Dari laporan terkini KKM serta sumber-sumber lain Malaysia adalah diantara Pengguna Gula Terbesar Di Asia dan mempunyai masalah Obesiti serta Pesakit Kencing manis yang sudah melebihi 4 juta orang serta semakin meningkat. Obesiti adalah umpama bom jangka yang mengundang pelbagai penyakit seperti Diabetes, Darah Tinggi , Masalah jantung Koronari dsb. Adakah Anda ingin menjadi sebahagian dari statistik tersebut ?
Pakar-pakar pemakanan telah mengatakan bahawa badan kita telah memperolehi bekalan glukos [sebagai sumber tenaga] dari semua makanan berkarbohirat seperti nasi, roti, kentang dan seumpamanya yang kita makan. Kenapa hendak ditambahkan lagi dengan Gula yang sememangnya memberikan kadar kalori yang amat tinggi? [Ingat! 1 sudu penuh gula berkalori 20 kcal yang memerlukan anda menaiki tangga bangunan 14 Tingkat untuk membakarnya. Sumber: KKM, Kosmo]
STEVIA boleh membantu anda untuk menikmati kemanisan TANPA KALORI TAMBAHAN serta TIADA MENAMBAHKAN KANDUNGAN GULA DALAM DARAH ANDA. Bawa bersama anda kemana sahaja anda pergi.
INGAT! MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI!













0 comments:
Post a Comment