Terdapat banyak sumber di internet yang melaporkan tentang kebaikan serta keistimewaan Stevia. Kajian-kajian telah di lakukan oleh pelbagai pihak seperti Universiti-Universiti terkemuka Dunia, Institusi-institusi Penyelidikan Pertanian , Pemakanan , Organisasi seperti FDA Amerika dan seumpamanya. Dapatlah disimpulkan bahawa Stevia memiliki pelbagai kelebihan-kelebihan dan keistimewaan antaranya ialah ia tidak bertoksik serta selamat digunakan, tiada menambah kandungan gula dalam darah, bersifat anti-bakteria serta membantu mencegah kerosakan gigi/gusi, amat sesuai untuk mencegah obesiti(kegemukan), sesuai untuk orang yang sedang berdiet kerana kalorinya yang rendah, pesakit diabetes, hipertensi, hiperglisemia, kandidiasis, gout dan sebagainya. MARDI dan UPM adalah di antara institusi penyelidikan dalam negeri yang telah dan sedang membuat kajian mengenai Stevia. Tidak dapat dinafikan Stevia akan menjadi produk Pemanis Semulajadi pengganti Gula [Tebu] pilihan Dunia sedikit masa lagi.
Monday, 14 September 2015
Home »
» SUMBER-SUMBER RUJUKAN DAN APAKAH KELEBIHAN LAIN STEVIA?















0 comments:
Post a Comment