Stevia pengganti gula

Stevia adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai daun yang manis yang berasal dari Amerika Selatan. Ia telah telah digunakan sebagai pengganti gula dan tidak mempunyai kalori. Bertukarlah kepada pemanis stevia sekarang untuk hidup yang lebih sihat !!

Stevia pengganti gula

Stevia adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai daun yang manis yang berasal dari Amerika Selatan. Ia telah telah digunakan sebagai pengganti gula dan tidak mempunyai kalori. Bertukarlah kepada pemanis stevia sekarang untuk hidup yang lebih sihat !!

Stevia pengganti gula

Stevia adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai daun yang manis yang berasal dari Amerika Selatan. Ia telah telah digunakan sebagai pengganti gula dan tidak mempunyai kalori. Bertukarlah kepada pemanis stevia sekarang untuk hidup yang lebih sihat !!

Stevia pengganti gula

Stevia adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai daun yang manis yang berasal dari Amerika Selatan. Ia telah telah digunakan sebagai pengganti gula dan tidak mempunyai kalori. Bertukarlah kepada pemanis stevia sekarang untuk hidup yang lebih sihat !!

Stevia pengganti gula

Stevia adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai daun yang manis yang berasal dari Amerika Selatan. Ia telah telah digunakan sebagai pengganti gula dan tidak mempunyai kalori. Bertukarlah kepada pemanis stevia sekarang untuk hidup yang lebih sihat !!

Thursday, 24 September 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1436H




Salam Aidil Adha 1436H untuk semua khususnya warga dan ahli RCC. Semoga ibadah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT serta sentiasa memperolehi keampuanan dan keredhaan Ilahi. Amin.


Thursday, 17 September 2015

ADAKAH STEVIA SELAMAT DIGUNAKAN UNTUK WANITA HAMIL DAN BAYI?

 

Stevia benar-benar boleh dikatakan produk mesra pengguna kerana ia selamat digunakan oleh semua peringkat umur. Bahkan wanita hamil juga boleh menggunakannya. Semua ini telah dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Global Stevia Institute.


Wednesday, 16 September 2015

APA ISTIMEWANYA STEVIA RCC BERBANDING STEVIA KELUARAN SYARIKAT LAIN?


Ramai yang terkejut dengan kesempurnaan rasa Stevia RCC yang menyamai rasa gula, tanpa diganggu oleh rasa payau/pahit/kelat apabila dicampur dalam minuman sebagaimana pengalaman mereka dengan stevia keluaran lain sebelum ini. 
Selain daripada keistimewaan rasanya, RCC juga turut menyediakan pelan pemasaran yang terbaik dan terbukti boleh dicapai oleh sesiapa sahaja!


BERAPA TITIS STEVIA DIPERLUKAN UNTUK MEMANISKAN SECAWAN AIR?


1 titis Stevia sudah mampu memaniskan secawan air atau juga mungkin lebih bergantung kepada kemanisan yang anda gemari. 


Tuesday, 15 September 2015

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH STEVIA SEBAGAI PENGGANTI GULA?



Dari laporan terkini KKM serta sumber-sumber lain Malaysia adalah diantara Pengguna Gula Terbesar Di Asia dan mempunyai masalah Obesiti serta Pesakit Kencing manis yang sudah melebihi 4 juta orang serta semakin meningkat. Obesiti adalah umpama bom jangka yang mengundang pelbagai penyakit seperti Diabetes, Darah Tinggi , Masalah jantung Koronari dsb. Adakah Anda ingin menjadi sebahagian dari statistik tersebut ?

Pakar-pakar pemakanan telah mengatakan bahawa badan kita telah memperolehi bekalan glukos [sebagai sumber tenaga] dari semua makanan berkarbohirat seperti nasi, roti, kentang dan seumpamanya yang kita makan. Kenapa hendak ditambahkan lagi dengan Gula yang sememangnya memberikan kadar kalori yang amat tinggi? [Ingat! 1 sudu penuh gula berkalori 20 kcal yang memerlukan anda menaiki tangga bangunan 14 Tingkat untuk membakarnya. Sumber: KKM, Kosmo]

STEVIA boleh membantu anda untuk menikmati kemanisan TANPA KALORI TAMBAHAN serta TIADA MENAMBAHKAN KANDUNGAN GULA DALAM DARAH ANDA. Bawa bersama anda kemana sahaja anda pergi.

INGAT! MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI!

Monday, 14 September 2015

SUMBER-SUMBER RUJUKAN DAN APAKAH KELEBIHAN LAIN STEVIA?


Terdapat banyak sumber di internet yang melaporkan tentang kebaikan serta keistimewaan Stevia. Kajian-kajian telah di lakukan oleh pelbagai pihak seperti Universiti-Universiti terkemuka Dunia, Institusi-institusi Penyelidikan Pertanian , Pemakanan , Organisasi seperti FDA Amerika dan seumpamanya. Dapatlah disimpulkan bahawa Stevia memiliki pelbagai kelebihan-kelebihan dan keistimewaan antaranya ialah ia tidak bertoksik serta selamat digunakan, tiada menambah kandungan gula dalam darah, bersifat anti-bakteria serta membantu mencegah kerosakan gigi/gusi, amat sesuai untuk mencegah obesiti(kegemukan), sesuai untuk orang yang sedang berdiet kerana kalorinya yang rendah, pesakit diabetes, hipertensi, hiperglisemia, kandidiasis, gout dan sebagainya. MARDI dan UPM adalah di antara institusi penyelidikan dalam negeri yang telah dan sedang membuat kajian mengenai Stevia. Tidak dapat dinafikan Stevia akan menjadi produk Pemanis Semulajadi pengganti Gula [Tebu] pilihan Dunia sedikit masa lagi.





Sunday, 13 September 2015

HALALKAH PRODUK STEVIA RCC?



Sudah pasti. Produk STEVIA RCC adalah 100% dari ekstrak Stevia dan air reverse osmosis sahaja, tanpa di campur dengan bahan-bahan lain serta di gunakan sebagai minuman harian & Pemanis Semulajadi. Syarikat RCC juga adalah milik sepenuhnya Bumiputera Melayu Islam dan dengan demikian secara peribadinya kami menjamin 100% akan kebersihan & kesucian produk kami. 


Saturday, 12 September 2015

ADAKAH PRODUK STEVIA TELAH MEMENUHI PERSIJILAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA [KKM]?



KKM melalui Bahagian Kawalan mutu makanan telah mengklasifikasikan ekstrak Stevia termasuk sebagai kategori makanan serta tidak memerlukan sijil kesihatan.
Sila rujuk seksyen 118A FOSIM atau Anda boleh hubungi Bahagian Kawalan Mutu Makanan di talian 03-88833531 atau 03-88833533 untuk pengesahan lanjut. 
Memandangkan STEVIA bukan Ubat atau Makanan Kesihatan, bahkan Pemanis Semulajadi terbaik pengganti Gula, Anda tidak perlu merujuk kepada Bahagian Perubatan Tradisional dan Non-komplimen atau Bahagian Biro Pengawalan Farmaseutikal.


Friday, 11 September 2015

APAKAH KESAN PENGGUNAAN STEVIA TERHADAP GIGI?


Di antara sifat stevia ialah anti-bakteria dan dari kajian pakar-pakar telah merumuskan bahawa ia bukan sahaja boleh  merencat pertumbuhan plak malah membantu menghalang kaviti serta amat sesuai untuk penjagaan kesihatan gigi, gusi & mulut untuk semua orang terutama kanak-kanak.


Thursday, 10 September 2015

BOLEHKAH STEVIA DIGUNA DALAM MASAKAN HARIAN?



Ya , Sudah pasti boleh kerana Ekstrak Stevia amat stabil pada suhu tinggi, tiada bersifat penapaian serta tiada mengubah kandungan nutrisi makanan serta minuman. Malah Ekstrak Stevia semakin popular digunakan dalam Industri Makanan & Minuman di serata Dunia. Di Jepun, Stevia sudah digunakan  meluas sejak tahun 70 an lagi.


Wednesday, 9 September 2015

APAKAH STEVIA JUGA SESUAI UNTUK PENGHIDAP-PENGHIDAP DARAH TINGGI, GOUTDAN LAIN – LAIN PENYAKIT ?




Di  antara ciri-ciri Stevia ialah ia memiliki nilai PH dari Neutral ke ALKALI, tidak sebagaimana Gula Tebu [Memiliki PH Berasid]. Kajian pakar-pakar mendapati  bahawa penggunaan Stevia bukan sahaja dapat membantu pesakit Diabetes malah Hipertensi [Tekanan Darah Tinggi], mengurangkan masalah Keasidan/Gas dalam perut, membantu merawat sakit kulit seperti psoriasis, ekzema dsb. Adalah dilaporkan bahawa ekstrak Stevia telah digunakan sebagai bahan dalam syampu untuk merawat kulit kepala seperti masalah kelumumur serta memperbaiki kesihatan rambut dengan amat berkesan.


Tuesday, 8 September 2015

BENARKAH STEVIA SELAMAT UNTUK PESAKIT DIABETES / KENCING MANIS?



Di antara sifat utama Stevia ialah ianya tidak menaikkan kadar kandungan gula dalam darah malah dipercayai boleh membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah kerana  indeks glisemik [kadar penukaran karbohidrat kepada glukos]  yang sifar atau hampir sifar.  Walaubagaimanapun Pesakit Diabetes disarankan meneruskan rawatan oleh Pegawai Perubatan Bertauliah seperti biasa. Perlu diingatkan, Stevia bukanlah ubat tetapi ianya adalah pemulih semulajadi dan juga sebagai alternatif terbaik kepada Gula.


Monday, 7 September 2015

SELAMATKAH STEVIA SEBAGAI BAHAN MAKANAN?




Stevia adalah sejenis tumbuhan herba semulajadi yang  telah  digunakan sejak ratusan tahun oleh orang-orang asli Paraguay & Brazil di Amerika Latin. Kajian berterusan pelbagai institusi serata dunia tidak menemui sebarang kesan negatif terhadap kesihatan manusia bahkan haiwan.


Sunday, 6 September 2015

GULA RACUN PUTIH



Sebahagian dari 146 alasan kenapa gula memburukkan  kesihatan:
  1. Gula MENEKAN sistem imun
  2. Gula mengganggu fungsi galian dalam tubuh
  3. Gula menyebabkan kanak-kanak HYPERAKTIF,CEMAS dan SUKAR DIKAWAL
  4. Gula menyumbang kepada turunnya ketahanan kepada BAKTERIA
  5. Menyebabkan kehilangan keanjalan dan fungsi tisu
  6. Membawa kepada kanser ovari
  7. Penuaan sebelum waktunya
  8. Punca kerosakan gigi
  9. Penyumbang kegemukan
  10. Penyebab artritis
  11. Penyebab asma
  12. Penyebab batu karang dan serangan jantung
  13. Punca diabetes
  14. Penyumbang ekzema kanak-kanak
  15. Menambah risiko Gout
  16. Menyumbang kepada penyakit ALZHEIMER
  17. Gula memberi makan kepada kanser
  18. Meningkatkan risiko kanser perut
  19. Menjejaskan sistem saraf pusat
  20. Menyebabkan kanser dubur
  21. Penyebab kanser endometrium
  22. Penyebab tumor hati

❤Anda sayangkan diri anda dan keluarga anda? Ayuh bersama-sama kami mengubah kesihatan diri dan keluarga ke arah yang lebih baik tanpa GULA JAHAT!!

❤ Jom menjadi teman VVIP kami dengan menggantikan GULA JAHAT kepada GULA BAIK!!!


Kelebihan GULA BAIK (Stevia) :
  1. Sebagai  pemanis gantian (300 kali ganda lebih manis dari gula biasa)
  2. 0% kalori
  3. TIDAK memudaratkan, jaminan selamat 💯%
  4. Mengimbangi kandungan gula dalam badan
  5. Menurunkan kadar gula dalam darah, sesuai untuk pesakit diabete
  6. Melawaskan pembuangan air kencing
  7. Meningkatkan tenaga dalam badan
  8. Membantu sistem penghadaman makanan
  9. Membantu mereka yang mempunyai INSOMNIA
  10. Berupaya mengawal berat badan
  11. Mengurangkan masalah keradangan
  12. Terbaik untuk pesakit gout
  13. Merawat luka akibat terbakar dan terkena minyak panas
  14. Merawat buasir , sembelit
  15. AWET MUDA (melalui anti-oksidan)
  16. Membuang toksin dari badan

Ayuh menjadi teman VVIP kami dan bersama menuju ke arah kesihatan yang lebih baik insya Allah.

"Katakan TIDAK pada GULA !!!"

Saturday, 5 September 2015

KELEBIHAN STEVIA


Kandungan utama yang menyebabkannya rasa manis adalah bahan steviosides yang tidak mengandungi toksik. Steviosides yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi. 

Ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid (kekurangan gula dalam darah) di dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukosa, bermakna ia baik untuk penghidap diabetes/ kencing manis. 
Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. 

Ada juga kajian lain yang menyatakan bahawa stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung. Ekstrak stevia rebaudiana yang bebas kalori atau sifar kalori sesuai digunakan bahan ganti gula biasa bagi golongan yang mengalami masalah obesiti yang ketagihan gula. 

Dua kajian dilakukan oleh Purdue University's Dental Science Research Group mendapati steviosides menghalang pembentukan plak (karat) gigi dan membantu menghalang gigi berlubang (cavities).


Friday, 4 September 2015

KEGUNAAN STEVIA



Kegunaan stevia sebagai PEMANIS mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke -16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji dari Brazil mendengar cerita bahawa sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulis antara artikel - artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke -19. 

Ciri yang paling unik mengenai stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap stevia. Kajian terhadapnya mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid yang tidak bertoksik.


Thursday, 3 September 2015

KHASIAT STEVIA


  • Mengimbangi kandungan gula dalam badan. 
  • Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes
  • Melawaskan pembuangan air kencing. 
  • Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan. 
  • Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda. 
  • Membantu sistem penghadaman makanan.



Wednesday, 2 September 2015

PENGENALAN STEVIA


Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr. Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ianya merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub - tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb. 

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunnya berbentuk bujur, batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia juga mengeluarkan bunga kecil yang berwarna putih. 


Tuesday, 1 September 2015

STEVIA RCC



Merupakan produk yang mengandungi ekstrak dari daun stevia. Kemanisan yang terhasil dari daun stevia merupakan Pemanis Semulajadi yang 300 kali lebih manis dari gula biasa. Kajian klinikal menunjukan STEVIA berguna sebagai pengganti gula. Lebih dari sifat pemanis, kajian juga menunjukkan kesan penurunan tahap kawalan diabetes. Penurunan tahap tekanan darah tinggi dan penurunan berat badan untuk pesakit obesiti.